Friday 18 November 2016

mummy's life

Hi guys. Assalamualaikum and very good morning. harini nak update pasal mummy's life! Alhamdulillah, setelah 3 bulam kahwin, Allah kurniakan aku cahaya mata. Wuu.. i can't believe it secepat ini kehidupan aku. tup tup isteri orang. tup tup ade baby. oh myy... macam mimpi pun ade. Kisah ini bermula masa raya. Aku dengan husband pergi watsons sebab nak beli toiletries. well, biasalah balik kampung kan, ade je tak bawak tertinggal lah. oh btw, ini first time aku balik kampung tak bawak sehelai baju pun, sebab beg tertinggal. aku punya risau beg suami tak bawak, last2 beg aku sendiri yang aku tak bawak. apa lagi, kena gelak lah. tak pasal2 pusing2 pekan cari baju raya. hahahaa. okay, sambung cerita tadi. pergi watsons beli toiletries, then masa nak bayar tu, tepi kaunter tu ade jual individual pack urine pregnancy test. aku pun saje lah tunjuk suami aku. dia pun cakap, "amiklah satu. try." aku pun macam segan2 tau. aku gurau2 je. "eh, tak payah lah.." dia ye ye je suruh amik jugak. aku pun amiklah satu. 

okay.. dah habis raya dari KL pergi Pahang. Then Melaka, pastu barulah balik rumah. Act aku pun dah lama x datang period. since puasa. So that puasa penuh! then raya pun x period. aku macam syak lah yg aku ni pregant. Tapi tak boleh confident sangatkan. so, bila dah habis raya, dah balik rumah, aku plan nak try urine pregnancy test tu esok paginye. sebab aku ada baca yang air kencing pagi yang 1st tu afdhal. tak tahu lah kan. adelah sampai termimpi-mimpi. aku mimpi yang aku pregnant. Bangun-bangun dah pagi. Tapi suami aku tidur lagi. Aku pun pergilah toilet try. Ade orang kata kena tunggu 5 minit lah. tapi yang ni, terus 2 line. maybe sebab air kencing pertama kot. hahahaa. and im really shaking gila masa tu, nervous maximum aku rasa mcm lost. Happy gila, tapi happy yang macam betul ke ni ya Allah? tak keruan aku dalam toilet. OMG! mcm mana nak bagitahu suami aku ni. Nak buat suprise ke nak cakap je ke or what? seriously, panic lah senang cerita.

Aku dah calm kan diri aku, jangan over excited sangat, dan keluar dari toilet. aku pun baring sebelah ayang. Aku kejut dia. masa tu aku macam tak boleh focus nak act normal. awarkward gila rasa. dia pun mamai mamai. aku cakaplah yang aku ade benda nak bagitahu. dia pun mamai2 layan tak layan je aku. sambil tu aku kopek2 jerawat dia yg dah masak. "cakap jelah. apadia?" "hmm.. ntah lah ayang. susahlah nak cakap" "lahh.. kenapa pulak? cakap jelah" hmm.. aku pun terus tunjuk dia pregnancy test tu. before that, masa lepas je beli tu, aku ajar dia cara baca benda tu. kalau success means 2 line. tapi, dia baru bangun tidur blur cikole, mamai lagi, lama jugak dia tenung benda tu. pastu a few second lepas tu, dia peluk aku. dia cakap thanks sayang. peluk kuat2. hahahaa. dalam hati aku pun happy. sebab dia tak blur. hahaha. then lepas tu terus segar mata dia, kitorang whatsapp mama. tapi mama x reply. Suami aku punya tak sabar, sampai dia call mama. pastu mama angkat, dia suruh tengok whatsapp. Mama pun happy. 

after that, we decide nak pergi klinik check. yelah kan, x boleh confident sangat. then pergi klinik, scan, Alhamdulillah. memang ade baby. tapi kecik ya Allah. bulat je cinonet. Doc kata baru 5 minggu. then, doc bagi ubat Folic Acid. Suami aku excited je tengok. tersenyum senyum je dia. Tapi sayang, aku lupa nak suruh doc print. tak dapatlah aku nak menatap dia. hmm..

Disinilah bermulanya fasa morning sickness. Welcome! welcome! Hahahaa. seperti mayat hidup, baring je lah. nak bangun, jalan, semua benda dah tak larat. makan je muntah. makan je muntah. Drop gila berat masa tu. ada satu hari tu, suami aku paksa jugak bangun. sebab aku asyek baring je sampai naik bintik2 belakang aku. gatal apak dia. maybe sebab peluh baring je dengan tak mandi. dengan hormone nye. one day, macam biasa aku bangun tidur dan muntah. sebelum breakfast pun muntah. lepas breakfast pun muntah. tengah kunyah pun muntah. tengah tidur pun muntah. mandi pun duduk. gosok gigi bila perlu saje. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku suami yang tinggi sifat sabarnya. aku boleh muntah atas katil. banyak pulak tu. hahahaa. muntah kat ruang tamu. haha. kesian dia. terima kasih kerana sentiasa tabah dan sabar dengan semua ini sayang. start dari tu, kemana saja aku ditemani baldi kecil. hmm..

masa kandungan aku usia 9 minggu 5 hari, aku pergi buat buku pink. yeay! masa tu HB (haemoglobin) lawa lagi. 12.3. BP (blood preasure) pulak, normal je. Doc bagi ubat Obimin dengan Iron. Siapa makan ubat Iron tu, memang poopy jadi color hitam.

the next appointment, masa baby 10 minggu 5 hari. masa ni 2nd time scan baby. And you know what? Doc found 2 heartbeats. sampai Doc panggil doc lain lah nak comfirmkan. and yes, i got twin babies. masa tu aku punya lah happy. ya Allah. suprise demi suprise aku dapat. tapi this time, suami tak masuk sama. dia duduk luar je. happy, happy jugak tapi I've got problem which is tak ade separation between them. Doc tak nampak separation tu. Can say baby in same kantung. dah la masa tu tengah membentuk, doc kata kemungkinan boleh siam. masa tu aku dah risau gila. hanya doa saje yang mampu. lepas habis check up, doc kata nnti dia set kan appointment dengan HKL sebab baby twin. dekat klinik tu dia tengok mummy je. dia x detail sangat lah pasal baby. setiap kali appointment pun amik darah, bp, macam tu je. tapi kat HKL dia scan semua. ukur tulang kepala, kaki semua. okay. lepas habis check up tu, aku pun senyum2 je. suami aku pun pelik lah kenapa senyum2? dia dah la duduk je kat ruang menunggu tu. aku tanyalah dia "ayang nak baby satu ke dua?" dia kata dua. aku pun cakap okay. tapi dia masih tunggu ayat selepas okay aku tu. dia pun tak sangka we got twins. and he hug me. yang suprise nye sebab aku family aku takde twin, family dia pun tak de twin. how could we get twin? semua rezeki dari Allah. Doc pun pelik macam mana boleh twin. Dia tanya aku ade amik ape2 supplement ke? aku cakap takde. punya macam2 supplement aku dapat thru kawan2 yang jual supplement kan, tapi aku ni jenis tak suka makan ubat. so, im very sorry to all supplementer. hahaha. sakai.

babies 14 weeks and 2 days. aku pun pergi check up dekat HKL tapi bahagian MFM. excited gila bila scan monitor dia besar 50'' mcm tu. puas! haa.. masa scan tu sorang tu tendang lagi sorg, alololoo.. tapi masa tu baru 3 bulan lebih. so, x rasa lagi baby gerak. suami aku excited gila. macam macam dia tanya doc tu. Alhamdulillah, ade separation between them. dah nengok monitor 50" kan, of course lah lagi terang. haritu je, 2 kali scan. second tu, jumpa doc pakar pulak. dia bagi aku ubat Calcium Carbonate, Aspirin, Folic Acid dan Vitamin D. untuk elak TTTS, iaitu twin to twin transfusion syndrome. dimana sorang makan, dan sorang memberi makan. which is sorang tu lagi tak makan. Guess what kenapa boleh jadi macam ni? sebab babies share uri. dua kantung, dua baby, tapi satu uri. so that, it means kembar seiras. either boy-boy or girl-girl.