Wednesday 7 December 2016

27th week of pregnancy

my tummy become bigger and bigger. i am really excited. tak sabar nak tunggu mereka keluar. mesti cantik macam mummy dia. And bila aku jumpa mak mak semua cakap perut aku kecik. aku jadi risau, baby aku tak sihat ke? kalau normal sepatutnya besar mana? Tapi bila jumpa geng mummy diorg cakap biasa je. Masing-masing lah. maybe sebab aku kurus pun can be jugak kan. Tapi mama cakap perut aku besar. cepat besar. Mama jugaklah penyejuk hati. ape lah kan si mak mak cakap macam tu. Kita ni dah la first time pregnant. Gila tak risau! Dah la tak de experience apa-apa pun.

As usually, kena telan ubat-ubatan yang besar. Baik sebelum makan, dan selepas makan. But one thing, aku tak boleh makan ubat Iberet dengan Iron. That one untuk haemoglobin (hb) actually. sebab hb ni yg bawa oxygen kepada baby. hb aku low. setiap kali makan ubat ni, sepanjang hari aku akan muntah. everywhere, anywhere. Semalam aku teman mama pergi UTC Pudu, dan aku muntah kat tepi kerusi menunggu. Sumpaah dah tak larat nak tahan. Nasib masa tu dah pukul 6 macam tu. orang balik kerja dah. Ade sikit-sikit je orang. Balik rumah sambung muntah. Pastu keluar makan, balik tu sambung muntah. What the day?! Aku ade terbaca lah yang kesan penyerapan ubat tu adalah kita akan rasa loya. Bullshit dia loya aku berpanjangan. kalau sekali muntah, and thats it, then ok. aku boleh compromise lagi. tapi ni macam tak ade function aku makan banyak-banyak sayur, buah, daging and what so ever kalau end up dia ke lubang jamban right? dengan ubat-ubat tu gone. phew! So that sekarang, ubat yang loya tu aku dah stop aku cuma makan ubat untuk baby. Which is supaya pembesaran mereka seiring dan sama. Tak de lah sorang kecik, sorang besar. sorang makan banyak, sorang tak makan. Alhamdulillah. Baby is fine. Cuma ade problem sikit. Sorang baby ade masalah pengaliran darah ke otak. pengaliran darah slow. But still normal lagi. So planning doctor is, bersalin awal. around 37-38 weeks. I just do the best for them. Makan benda baik, benda berkhasiat, minum susu, and what so ever. Tapikan aku dengar kawan aku cerita, kawan dia pun identical twin. And itu jugak masalah dia. Tapi bila baby dah keluar, dah x de masalah dah.

 Alhamdulillah, baby active sangat. baby kick! At first, sorang heads down. sorang lg tak. Yang tak ni asyek tendang pundi je. Setiap kali dia tendang aku rasa nak kencing. walaupun baru je lepas kencing. Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Sekarang baby dua-dua dah heads down. And I realize yang sorang ni selalu bangun awal. Sorang ni pulak bangun lambat. For this 27th weeks, berat baby 700+g each. Dan pinggang aku makin sakit dan lenguh. Tidur pun makin susah. hmm.. Bak kata mama, inilah pengorbanan ibu. Yes, I really agree with that. Kita ditempat ibu kita, kita yang rasa sendiri apa yang dia alami dulu, and now kita faham kenapa syurga itu dibawah telapak kaki ibu. dan bukan ayah. Dan kenapa Allah kurniakan perempuan yang lemah ini, kuat untuk menanggung peritnya bersalin yang dimana kita tahu sakit yang paling sakit adalah sakit bersalin? Sebab perempuan ini dijadikan Allah makhluk yang tahan sakit. Thats why lah orang ade anak sampai berbelas-belas. Hebatnya wanita itu kan. Publish!