Friday 9 March 2018

Wednesday 7 December 2016

27th week of pregnancy

my tummy become bigger and bigger. i am really excited. tak sabar nak tunggu mereka keluar. mesti cantik macam mummy dia. And bila aku jumpa mak mak semua cakap perut aku kecik. aku jadi risau, baby aku tak sihat ke? kalau normal sepatutnya besar mana? Tapi bila jumpa geng mummy diorg cakap biasa je. Masing-masing lah. maybe sebab aku kurus pun can be jugak kan. Tapi mama cakap perut aku besar. cepat besar. Mama jugaklah penyejuk hati. ape lah kan si mak mak cakap macam tu. Kita ni dah la first time pregnant. Gila tak risau! Dah la tak de experience apa-apa pun.

As usually, kena telan ubat-ubatan yang besar. Baik sebelum makan, dan selepas makan. But one thing, aku tak boleh makan ubat Iberet dengan Iron. That one untuk haemoglobin (hb) actually. sebab hb ni yg bawa oxygen kepada baby. hb aku low. setiap kali makan ubat ni, sepanjang hari aku akan muntah. everywhere, anywhere. Semalam aku teman mama pergi UTC Pudu, dan aku muntah kat tepi kerusi menunggu. Sumpaah dah tak larat nak tahan. Nasib masa tu dah pukul 6 macam tu. orang balik kerja dah. Ade sikit-sikit je orang. Balik rumah sambung muntah. Pastu keluar makan, balik tu sambung muntah. What the day?! Aku ade terbaca lah yang kesan penyerapan ubat tu adalah kita akan rasa loya. Bullshit dia loya aku berpanjangan. kalau sekali muntah, and thats it, then ok. aku boleh compromise lagi. tapi ni macam tak ade function aku makan banyak-banyak sayur, buah, daging and what so ever kalau end up dia ke lubang jamban right? dengan ubat-ubat tu gone. phew! So that sekarang, ubat yang loya tu aku dah stop aku cuma makan ubat untuk baby. Which is supaya pembesaran mereka seiring dan sama. Tak de lah sorang kecik, sorang besar. sorang makan banyak, sorang tak makan. Alhamdulillah. Baby is fine. Cuma ade problem sikit. Sorang baby ade masalah pengaliran darah ke otak. pengaliran darah slow. But still normal lagi. So planning doctor is, bersalin awal. around 37-38 weeks. I just do the best for them. Makan benda baik, benda berkhasiat, minum susu, and what so ever. Tapikan aku dengar kawan aku cerita, kawan dia pun identical twin. And itu jugak masalah dia. Tapi bila baby dah keluar, dah x de masalah dah.

 Alhamdulillah, baby active sangat. baby kick! At first, sorang heads down. sorang lg tak. Yang tak ni asyek tendang pundi je. Setiap kali dia tendang aku rasa nak kencing. walaupun baru je lepas kencing. Tapi Alhamdulillah, aku bersyukur sangat. Sekarang baby dua-dua dah heads down. And I realize yang sorang ni selalu bangun awal. Sorang ni pulak bangun lambat. For this 27th weeks, berat baby 700+g each. Dan pinggang aku makin sakit dan lenguh. Tidur pun makin susah. hmm.. Bak kata mama, inilah pengorbanan ibu. Yes, I really agree with that. Kita ditempat ibu kita, kita yang rasa sendiri apa yang dia alami dulu, and now kita faham kenapa syurga itu dibawah telapak kaki ibu. dan bukan ayah. Dan kenapa Allah kurniakan perempuan yang lemah ini, kuat untuk menanggung peritnya bersalin yang dimana kita tahu sakit yang paling sakit adalah sakit bersalin? Sebab perempuan ini dijadikan Allah makhluk yang tahan sakit. Thats why lah orang ade anak sampai berbelas-belas. Hebatnya wanita itu kan. Publish!

Friday 18 November 2016

mummy's life

Hi guys. Assalamualaikum and very good morning. harini nak update pasal mummy's life! Alhamdulillah, setelah 3 bulam kahwin, Allah kurniakan aku cahaya mata. Wuu.. i can't believe it secepat ini kehidupan aku. tup tup isteri orang. tup tup ade baby. oh myy... macam mimpi pun ade. Kisah ini bermula masa raya. Aku dengan husband pergi watsons sebab nak beli toiletries. well, biasalah balik kampung kan, ade je tak bawak tertinggal lah. oh btw, ini first time aku balik kampung tak bawak sehelai baju pun, sebab beg tertinggal. aku punya risau beg suami tak bawak, last2 beg aku sendiri yang aku tak bawak. apa lagi, kena gelak lah. tak pasal2 pusing2 pekan cari baju raya. hahahaa. okay, sambung cerita tadi. pergi watsons beli toiletries, then masa nak bayar tu, tepi kaunter tu ade jual individual pack urine pregnancy test. aku pun saje lah tunjuk suami aku. dia pun cakap, "amiklah satu. try." aku pun macam segan2 tau. aku gurau2 je. "eh, tak payah lah.." dia ye ye je suruh amik jugak. aku pun amiklah satu. 

okay.. dah habis raya dari KL pergi Pahang. Then Melaka, pastu barulah balik rumah. Act aku pun dah lama x datang period. since puasa. So that puasa penuh! then raya pun x period. aku macam syak lah yg aku ni pregant. Tapi tak boleh confident sangatkan. so, bila dah habis raya, dah balik rumah, aku plan nak try urine pregnancy test tu esok paginye. sebab aku ada baca yang air kencing pagi yang 1st tu afdhal. tak tahu lah kan. adelah sampai termimpi-mimpi. aku mimpi yang aku pregnant. Bangun-bangun dah pagi. Tapi suami aku tidur lagi. Aku pun pergilah toilet try. Ade orang kata kena tunggu 5 minit lah. tapi yang ni, terus 2 line. maybe sebab air kencing pertama kot. hahahaa. and im really shaking gila masa tu, nervous maximum aku rasa mcm lost. Happy gila, tapi happy yang macam betul ke ni ya Allah? tak keruan aku dalam toilet. OMG! mcm mana nak bagitahu suami aku ni. Nak buat suprise ke nak cakap je ke or what? seriously, panic lah senang cerita.

Aku dah calm kan diri aku, jangan over excited sangat, dan keluar dari toilet. aku pun baring sebelah ayang. Aku kejut dia. masa tu aku macam tak boleh focus nak act normal. awarkward gila rasa. dia pun mamai mamai. aku cakaplah yang aku ade benda nak bagitahu. dia pun mamai2 layan tak layan je aku. sambil tu aku kopek2 jerawat dia yg dah masak. "cakap jelah. apadia?" "hmm.. ntah lah ayang. susahlah nak cakap" "lahh.. kenapa pulak? cakap jelah" hmm.. aku pun terus tunjuk dia pregnancy test tu. before that, masa lepas je beli tu, aku ajar dia cara baca benda tu. kalau success means 2 line. tapi, dia baru bangun tidur blur cikole, mamai lagi, lama jugak dia tenung benda tu. pastu a few second lepas tu, dia peluk aku. dia cakap thanks sayang. peluk kuat2. hahahaa. dalam hati aku pun happy. sebab dia tak blur. hahaha. then lepas tu terus segar mata dia, kitorang whatsapp mama. tapi mama x reply. Suami aku punya tak sabar, sampai dia call mama. pastu mama angkat, dia suruh tengok whatsapp. Mama pun happy. 

after that, we decide nak pergi klinik check. yelah kan, x boleh confident sangat. then pergi klinik, scan, Alhamdulillah. memang ade baby. tapi kecik ya Allah. bulat je cinonet. Doc kata baru 5 minggu. then, doc bagi ubat Folic Acid. Suami aku excited je tengok. tersenyum senyum je dia. Tapi sayang, aku lupa nak suruh doc print. tak dapatlah aku nak menatap dia. hmm..

Disinilah bermulanya fasa morning sickness. Welcome! welcome! Hahahaa. seperti mayat hidup, baring je lah. nak bangun, jalan, semua benda dah tak larat. makan je muntah. makan je muntah. Drop gila berat masa tu. ada satu hari tu, suami aku paksa jugak bangun. sebab aku asyek baring je sampai naik bintik2 belakang aku. gatal apak dia. maybe sebab peluh baring je dengan tak mandi. dengan hormone nye. one day, macam biasa aku bangun tidur dan muntah. sebelum breakfast pun muntah. lepas breakfast pun muntah. tengah kunyah pun muntah. tengah tidur pun muntah. mandi pun duduk. gosok gigi bila perlu saje. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku suami yang tinggi sifat sabarnya. aku boleh muntah atas katil. banyak pulak tu. hahahaa. muntah kat ruang tamu. haha. kesian dia. terima kasih kerana sentiasa tabah dan sabar dengan semua ini sayang. start dari tu, kemana saja aku ditemani baldi kecil. hmm..

masa kandungan aku usia 9 minggu 5 hari, aku pergi buat buku pink. yeay! masa tu HB (haemoglobin) lawa lagi. 12.3. BP (blood preasure) pulak, normal je. Doc bagi ubat Obimin dengan Iron. Siapa makan ubat Iron tu, memang poopy jadi color hitam.

the next appointment, masa baby 10 minggu 5 hari. masa ni 2nd time scan baby. And you know what? Doc found 2 heartbeats. sampai Doc panggil doc lain lah nak comfirmkan. and yes, i got twin babies. masa tu aku punya lah happy. ya Allah. suprise demi suprise aku dapat. tapi this time, suami tak masuk sama. dia duduk luar je. happy, happy jugak tapi I've got problem which is tak ade separation between them. Doc tak nampak separation tu. Can say baby in same kantung. dah la masa tu tengah membentuk, doc kata kemungkinan boleh siam. masa tu aku dah risau gila. hanya doa saje yang mampu. lepas habis check up, doc kata nnti dia set kan appointment dengan HKL sebab baby twin. dekat klinik tu dia tengok mummy je. dia x detail sangat lah pasal baby. setiap kali appointment pun amik darah, bp, macam tu je. tapi kat HKL dia scan semua. ukur tulang kepala, kaki semua. okay. lepas habis check up tu, aku pun senyum2 je. suami aku pun pelik lah kenapa senyum2? dia dah la duduk je kat ruang menunggu tu. aku tanyalah dia "ayang nak baby satu ke dua?" dia kata dua. aku pun cakap okay. tapi dia masih tunggu ayat selepas okay aku tu. dia pun tak sangka we got twins. and he hug me. yang suprise nye sebab aku family aku takde twin, family dia pun tak de twin. how could we get twin? semua rezeki dari Allah. Doc pun pelik macam mana boleh twin. Dia tanya aku ade amik ape2 supplement ke? aku cakap takde. punya macam2 supplement aku dapat thru kawan2 yang jual supplement kan, tapi aku ni jenis tak suka makan ubat. so, im very sorry to all supplementer. hahaha. sakai.

babies 14 weeks and 2 days. aku pun pergi check up dekat HKL tapi bahagian MFM. excited gila bila scan monitor dia besar 50'' mcm tu. puas! haa.. masa scan tu sorang tu tendang lagi sorg, alololoo.. tapi masa tu baru 3 bulan lebih. so, x rasa lagi baby gerak. suami aku excited gila. macam macam dia tanya doc tu. Alhamdulillah, ade separation between them. dah nengok monitor 50" kan, of course lah lagi terang. haritu je, 2 kali scan. second tu, jumpa doc pakar pulak. dia bagi aku ubat Calcium Carbonate, Aspirin, Folic Acid dan Vitamin D. untuk elak TTTS, iaitu twin to twin transfusion syndrome. dimana sorang makan, dan sorang memberi makan. which is sorang tu lagi tak makan. Guess what kenapa boleh jadi macam ni? sebab babies share uri. dua kantung, dua baby, tapi satu uri. so that, it means kembar seiras. either boy-boy or girl-girl. 

how i meet him



Assalamualaikum everybody. its been so long iols x update blog ni. since 2014 maybe. dengan lupa passwordnye. hahaha. sakai betul. okay. so, what i want to share untuk entry kalini is about how i meet my hubby and my new life as a wife. guys! as a wife guyss..!! omg! seriously tak sangka percintaan kami akhirnya ke jinjang pelamin.

cerita cinta ini bermula sejak aku habis sekolah menengah tahun 2011. so, sementara nak tunggu result SPM, mama hantar aku pergi kerja dekat tempat kawan dia. tempat buat costume. Disitulah aku kenal dengan suami aku ni. Dia ni anak angkat boss aku, nak dipendekkan cerita. one day, dia balik dari shooting. semua org kat tempat kerja tu everybody was like "hey! Faiz dah balik!" hey faiz itu. hey faiz ini. aku ni je yg mcm krik krik. dalam hati aku bermonolog, siapa dia ni? semua orang sambut kedatangan dia. macam celebrity semua excited dia balik. what the? itulah first time aku nampak muka suami aku ni. So, actually masa aku start kerja situ, sepanjang aku kerja situ its about a week jugak lah kot, Faiz ni x de. Dia pergi shooting. so, kat situ aku kawan dengan kakak-kakak praktikal, dengan PA boss, dengan anak boss, suami boss. macam tu jelah. then bila dia dah balik, aku pun tanyalah kakak praktikal ni, tu siapa? dia kata anak angkat boss, Faiz. aku pun ooh jelah. tapi masa tu dia kan jadi perhatian, jadi langsung dia x tertarik nak kenal ke apa ke dengan aku. so, aku ni pun agak ramah sikit, masa tu aku suka makan sweet guava tau. aku pun offer lah dia. Dia amik je. tak pandang pun muka aku, or like awak ni sape ke or what ever lah. dah la masa tu zaman blackberry, dia duduk atas kerusi dengan kaki atas machine pastu main fon bb. oh gosh! first expression aku untuk dia, kerek. sangat kerek. and then the next day aku dtg, dia cakap hai. disebabkan dia kerek semalam, aku palau je dia. aku masuk and bagi salam.

since that, everyday dia macam nak tackle aku. but actually, lelaki kan. aku tak rasa dia nak tackle. cuma dia saje kacau2. dia duduk kat machine dia, and tenung aku. mcm angau pun ade. and of course lah kita ni as a girl, suka. tapi aku ni jual mahal orangnya. kebetulan single pulak masa tu. so, zaman tu sangat galak lah bermain-main cinta.

Masa tu project pasal The Musical Upin & Ipin kat IB. so, everyday kitorg semua pergi IB. jadi wardrobe. and because of that, dia lah yang hantar aku balik rumah everyday lepas habis show. masa otw balik tu, hampir tiap harilah cakap pasal cinta. Hahahaa. tapi sayang, aku lebih tertarik dengan talent yang jadi mentadak untuk theatre Upin Ipin tu. sejak itu, hubungan aku dan Faiz tidak semekar sangat. sebab aku couple dengan si mentadak tu. Tapi...

Hari terakhir untuk show tu, boss bagi semua wardrobe crew bunga tau. aku pun amik satu bunga untuk bagi kat mentadak tu. tapi masa tu, ramai org, crowded. aku cuma jumpa adik dia je, adik dia kata biar dia tolong bagi kan. masa aku nak balik tu, aku nampak his scandle yang pegang bunga tu. how dare?! ... and nak di pendekkan cerita, hubungan kami x lama. sebab aku ni bukan jenis social keluar2. jumpa pun tidak pernah sejak habis show tuari. dia pun x contact2 aku, so aku anggap hubungan aku dengan dia mati ditelan masa.

Alhamdulillah, aku dapat tawaran sambung belajar kat UiTM Perak. Jauh. Aku tak pernah jauh2 macam ni. dah la x de kawan. hari2 tidur ngadap dinding, nangis. kawan aku masa tu, Faiz jelah. hari2 message dia, call dia. one day habis minggu suai kenal, dia datang jumpa aku. pastu dia bawak aku pergi penang sebab ade wedding kawan dia. and adelah a few times dia hantar aku balik dari cuti sem. Tapi masa tu aku macam gunakan dia je. serious. dia sebok tunggu aku. tapi aku cakap jangan tunggu. aku ni susah sikit kalau cinta jarak jauh ni. dengan ramai kawan lakinye, untuk setia, its really hard for me. sebab tu aku tak nak amik risiko.

One day, aku gaduh dengan boyfriend aku kat UiTM. aku sedih sangat masa tu. romate aku x de. lonely. Miss lonely. titibe aku terfikir Faiz. nangis2 aku call dia, tapi aku tak cakap lah yang aku gaduh dengan boyfriend. aku diam je. borak pasal lain. and bila aku bawak cerita ni, dia pun cakap act dia pun ade masalah. and i came for him on the right time. tulah, kalau tuhan tu kata jodoh, chemistry memang kuat.

Akhirnya, tamat sudah 5 sem aku dekat sana. and aku datang balik kerja dengan boss lama aku tu. and meet him again. tapi aku ni jenis berdebar shaking bila nak jumpa dengan org yg aku ade perasaan kepadanya. tak keruan bila aku tgh buat kerja, tak boleh focus. im really cannot handle it. tapi dia kan aku tengok, bila buat kerja je memang focus habis. aku lalu sebelah ke, even aku cakap dengan dia ke, memang dia buat palau. Tapi masa ni, aku tengah couple dengan orang lain. hmm..

Faiz selalu tanya, aku ade boyfriend ke? kalau ade cakap jelah. dia okay. that time kitorang tgah shooting film Interchange. memang berkepit je. pergi set sama2, kemana2 bersama. and one day aku gaduh dengan boyfriend aku. tapi aku diam jelah. aku x cakap kat sape2.

Peristiwa 30 March pun terjadi. its about aku confess dengan Faiz yang aku sebenarnya suka dia. tapi aku dah ade boyfriend. He's really open-minded tabah macam mana entah, his reaction was like really cool, and he said tht "takpelah, Faiz jadi KIV." noo! i do love you too. how could dia jadi KIV? falling in love with two men in the same time. i am really Tamak Halobe people. and aku decide untuk tinggalkan boyfriend aku dan hidup bersama Faiz. Start dari haritu, hubungan aku dan dia menjadi serious. Kerja keras kumpul duit untuk kahwin!

Planningnya bila the confession day jatuh pada 30/3/15, so we guess nak kawin pun 30/3. tapi perancangan Allah itu lebih tepat dan sempurna. 12/3/2016 adalah tarikh nikahnya kami. 4 tahun dia tunggu aku, and i realize that he is actually have someone too. which is same situation like me, he got a girlfriend and at the same time he have me. sounds like aku ni macam perampas hubungan orang kan, tapi itulah....jodoh.

Aku bersyukur sangat sebab segalanya dipermudahkan. Job demi job ade. biaselah kan, freelance ni susah sikit. ade rezeki, ade. takde rezeki, kena cari alternative lain. Alhamdulillah, masa aku sibuk buat projek citrawarna 2015, aku dapat offer kerja kat Pinewood, Johor. Faiz pun sama although lain department. Gaji pun lumayan.

Dia jumpa family aku, we discuss, and set the date. everything is flowing smooth and naturally.

Alhamdulillah, sekali lafaz, aku menjadi isteri Faiz..